About Me

My photo
bukit katil melake, Malaysia
My property.

Goodbye stpm Helo SMK teknik Bukit Piatu .



Assalamualaikum.
act aku nak masukkan gambar aku pakai baju sekolah tapi gambar tu kat handphone.nak transfer dekat laptop,laptop tak boleh terima.so,apa salahnya letak gambar dengan 'BABY LION' aku.
lagi pon ada juga lah muka aku konon ala ala 'ouhh' wkwkwk.

tajuk besar
'GOODBYE STPM,HELO SMK TEKNIK BUKIT PIATU'

Sebelum keputusan pmr aku keluar,aku julia ikin pergi online masuk ke sekolah smk teknik.Mula mula hana pon nak mohon,tapi dia lupa ic parents dia.nak selit sedikit aku nk ucapkan tahniah walaupon lambat dengan hannah sebab dapat 8A dalam peperiksaan pmr dia. Julia pon tahniah dapat 5A and tak lupa juga ikin 3A. tak lupa juga kepada diri aku sendiri.alhamdulilah aku dapat 2A 5B 1C.
biarlah apa org nak kata aku 2A pon boleh masuk teknik.aku sendiri pon tak percaya sebenarnya.
syukur alhamdulillah.aku tahu ramai yg mempersoal kan tapi kalau dia org baca mybe dia paham.so aku nak mula berceritaaa..

sambung cerita,sebelum keputusan keluar,aku hana julia ikin pergi daftar online dekat makmal komputer.
yang silapnya mmg dah rancang nak masuk sama sama sekolah teknik.tapi malangnya aku seorang saje yg mohon SMK teknik bukit piatu melaka.Asyqin yusof and julia johari TER-mohon SMK teknik melaka tengah.seriouslyy time surat tawaran sampai,diaorg terkejut.aku lagi terkejut.yelah,dah janji nak smk teknik.rupa rupanya dia org tersalah tekan.peh.lemah semangat aku --'

setakat 2A memang sepatutnya tak dapat laa aku masuk first intake.
seriouly hampa.tapi aku redha masa tu.aku cuba score aku punya aliran biasa.kata cikgu 
''PMR awak hanya sejarah.sebanyak mana A awak sekali pon dalam pmr,A awak tu tak boleh bawa A dalam pelajaran untuk spm awak' aku ingat and aku cuba untuk terus dan terus bangkit.

aku balik sekolah.mak cakap 'ina,ada second intake pelajar dekat sekolah teknik.ina nak cuba?' aku pon erm.. okey mak.so buat permohonan.aku mintak lukisan kejuruteraan.dah siap semua pakcik tu kata kalau dapat dia akan call dan surat tawaran akan sampai dekat rumah.aku tak harapkan lebih sebab aku tahu sekolah tu mesti ramai yg buat permohonan kali kedua.

so,aku sekolah mcm biasa.last day sekolah,masa nak cuti raya cina,aku dapat tahu sekolah teknik ada call suruh get ready tapi tak confirm.aku tak rasa hampa sebab aku dah mula fikir positif.

naik raya cina.aku suka sangat bila dapat jumpa kawan kawan.hua hua sama sama.bising bising sama sama dalam class.gosip gosip sama sama dengan julia.rehat sama sama dengan atul hana julia and mai.
tak rasa apaa apa.tak tahu apa apa.buat homework mcm tak ada apa apa.ambil buku kelasku syurga ku mcm biasa.menghadap bagi kehadiran dekat cikgu zorro.opss.maaf.cikgu zahari.hihi.

tupp. tupp..

'inaa,teman mak pergi pejabat.nak uruskan pasal pertukaran sekolah ina ni.cepat cepat'
emosi : 'ha?'

bila aku sedar aje,terus kejar mak and cakap 'mak?betul ke?jangan main main mak.tak kan laa --' second intake kan sepatutnya semalam mak.' mak aku pon jawab 'bersyukur dulu..cakap alhamdulilahh'
terpana dengan jawapan mak.cepat cepat 'aku bersyukur pada allah.tapi mmg terkejut sangat sangat . memang aku gembira,dalam gembira aku sedih sangat sangat..
dah siap semua hal kat pejabat,aku dah dengan loceng yg class hana dah balik.so aku cari hana dulu.julia dah balik.cepat cepat aku pergi kat hana.aku cakap 'hana :( esok aku pindah' aku dapat jangka,hana tekup muka dia dengan tudung koku.ya allah.masa tu.aku tahu aku tak silap pilih kawan.tak silap sama sekali.

malam tu aku siapkan semua borang yg perlu.kemas ikat buku teks yg kene pulangkan.malam tu,langsung tak boleh tidur.aku tunggu amir balik.aku ckp esok aku daftar sekolah baru.aku tahu dia pon kalau boleh tak nak aku pindah.aku tahu sangat.tapi aku cuba tak nangis dengan hana.

esok tu aku tak pergi stpm.aku terus daftar.senang cerita.aku ditempatkan sepatut patutnya di 4sains pertanian 1 tapi aku pilih 4 sains pertanian 2 sebab lelaki dalam kelas tu 5 org sahaja and selebih nya perempuan.termasuk aku 30 org pelajar dalam kelas 4 sains pertanian 2.
semua pelajaran mcm biasa kecuali kelas aku tak ada sains biasa.tambah bio physic add maths and chemist.tak lupa ada tambahan..course sains pertanian.

dah daftar,aku tak terus masuk class.aku minta kebenaran pergi stm uruskan lagi surat berhenti sekolah bagai.sampai sampai pergi pejabat.then aku pergi tandas sebb aku sakit perut sebab gementar sangat sangat.aku dah selesai hajat dalam tandas hihi.aku terus naik class.nasib baik tak terus masuk.ada puan suzana dalam class.so aku pergi class 4tv3.class atul.nak hantar kertas majong untuk pembentangan kelab pelancongan.okey.mmg sedih tengok setiap seorang.semua terkejut.mcm aku.ahhh.tana cerita.itu aja.then aku turun duduk kat bawah tunggu waktu rehat menengah atas.aku duduk duduk.aku dengar suara hana dari belakang.terus aku pusing.jalan beriringan dengan dia pergi kantin.

sampai kantin.belum duduk dah nampak julia hany dayah semua datang serbu aku.erm..tipulah tak sedih..
aku kene cubit kuat sangat dengan hany.ketua tingkatan aku.sakit :') tapi aku biarkan aje.aku dah janji dah aku tak akan menangis no matter what happen.time aku cakap aku nak balik.aku dah lambat.aku salam hana dulu..then dia menangiss.aku keraskan hati aku.aku salam julia pulak.menangis jugak.aku salam atul erm.okey aku mmg dh tak tahan sangat.so aku tunggu diaorg sampai habis rehat.

ayat hana 'wana jangan lupa mcm mana kita kenal.bila kita kenal :'(' 
aku mampu anggukk angguk dan angguk sambil senyum.senyum tak ikhlas.
sekarang aku betul betul erm..aku rindu semua warga stpm.ew.pembetulan.aku rindu kawan kawan aku.
rindu sangat sangat.erm :') 

tamat disini . hihi . kbai :D